Sunday, 18 September 2016

pengenalan

     Hubungan etnik ialah satu aspek penting dalan kehidupan manusia kerana keadaan yang aman dan damai mampu mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosialyang baik.keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan social membolehkan Negara ini terus membangun.malaysia juga Berjaya menjadi sebuah Negara yang berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun.
Kehidupan manusia dapat dilihat dalam konteks.persaingan antara etnik,sama ada secara nyata atau tidak sering berlaku di  Negara-negara yang berlatarbelakangkan masyarakat pelbagai kaum.


     Komposisi etnik di Malaysia

   Etnik utama penduduk Malaysia terdiri daripada etnik melayu, cina dan india.etnik melayu merupakan penduduk asal dan menjadi kumpulan terbesar di Malaysia.etnik cina dan india masing-masing berasal dari china dan india.oleh sebab berlaku proses migrasi, kedua-dua etnik ini telah berkembang dan menjadi penduduk tanah melayu sejak pemerintah inggeris.


      Etnik Melayu

    Etnik melayu  berasal daripada berbagai-bagai keterunan, iaitu melayu proto (melayu purba atau orang asli), melayu deutdeuteron layu lama) dan melayu moden yang datang dari timur tengah, india, cina dan eropah.mereka berhijrah ke kawasan asia tenggara dan menjadi orang pertama di tanah melayu atau bercampur dengan penduduk tempatan sehingga menjadi orang jati asia tenggara.

Orang melayu proto ialah sekumpulan masyarakat yang berhijrah dari yunan, Taiwan dan tempat-tempat jauh seumpama itu.mereka Nampak seperti melayu dan berbahasa melayyu.orang melayu proto telah berkembang sehingga membentuk suku kaum semang, senoi, temiang, jakun, orang laut dan orang sungai.ciri fizikal mereka ialah berbadan pendek, berkulit gelap dan berambut kerinting. Bilangan mereka lebih ramai daripada orang melayu deuteron.

Orang melayu deuteron atau orang melayu lama merujuk keterunan melayu yang mendiami kawasan lembah Mekong dan Vietnam pada masa lampau,iaitu malayu funan dan champa.melayu ini kurang berhijrah, mempunyai bahasa yang seragam dan ramai dalam kalangan mereka mendiami kawasan kampong dan dusun.kelebihan orang melayu deuteron ialah dalam bidang pertanian serta pembuatan besi dan logam.

Orang melayu moden pula merupakan masyarakat yang bercampur dan berkahwin antara melayu proto dengan melayu deuteron dan kumpulan yang datangdari timur tengah, india, china, jepun dan korea.mereka memilih untuk menjadi melayu, bertutur dalam bahasa melayu yang fasih, beragama islam, mengamalkan budaya-budaya melayu dan berbangga sebagai orang melayu. Hamper semua mereka tinggal di Bandar dan terdedah kepada kemajuan teknologi dan mempelajari pelbagai ilmu.


      Etnik Cina

    Etnik cina ialah etnik kedua terbesar  selepas etnik melayu dan bumiputera.mereka yang berhijrah ke semenanjung tanah melayu pada abad ke-19 merupakan usahawan cina atas tujuan ingin bekerja sebagai pelombong.etnik cina ini amat patuh kepada pembesar-pembesar melayu.namun keadaan berubah setelah mereka diberi konsesi untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah di negeri-negeri melayu. Perang saudara kerap berlaku dan pergaduhan di kawasanperlombongan menjadi kucar-kacir. Akhirnya, british terpaksa campur tangan dan menggalakkanlebih ramai lagi etnik cina datang ke negeri-negeri melayu. Etnik cina juga berhijrah ke negeri-negeri melayu untuk mencari rezeki kerana china sering dilanda malapetaka, bencana alan dan perang saudara ketika itu. 


 Etnik India

Etnik india ialah etnik ketiga terbesar di Malaysia. Etnik ini masuk ke Semenanjung Tanah Melayu sebagai buruh tawanan dari Bengkulu, Indonesia dan sbagai buruh ladang.Mereka digunakan untuk membina bangunan, jalan raya dan jabatan. Namun , lebih ramai dalam kalangan mereka bekerja di landing-ladang tebu, kopi dan the kepunyaan orang Eropah. Pihak British juga membawa masuk orang Ceyron (Sri Lanka) untuk berkhidmat sebagaii kerani, pembantu hospital dan kakitangan perkhidmatan kereta api.jawatan ini memerlukan orang yang berpendidikan Inggeris. Bagi suku Malayalee yang berpendidikan, mereka diambil untuk mengawal selia ladang-ladang atau estet-estet kepunyaan Inggeris. Suku Malayalee yang datang dari wilayah Malabar adalah beragama islam dan dikenali sebagai Malabari.sebahagian daripada mereka telah membuka kedai makan dan restoran. Selain iti, masyarakat Punjabi yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu sebagai anggota polis dan memberi khidmat pengangkutan seperti kereta lembu sebagai pengangkutan utama bagi menghubungkan kawasan perlombongan di sepanjang sungai. 90% etnik India diMalaysia berasal dari selatan India, iaitu wilayah Tamil Nadu, Andhra Pradesh dan Malabar dan hampir 80% masyarakat tamil menganut agama Hindu.

Etnik Minoriti

Terdapat juga Etnik Minoriti, iaitu orang asli yang pertama dipercayai menetap di semenanjung Tanah Melayu pada kir-kira 1,000TM.Negara ini merupakan salah sebuah kediaman yang terawal di Nusantara.terdapat penemuan kesa-kesan peninggalan prasejarah di Lenggong, Perak dan Gua Niah, Sarawak. Penduduk awal di Negara ini ialah orang asli di semenanjung tanah melayu, orang punan di Sarawak serta orang rungus di sabah.


 ETNIK SERANI 

Image result for etnik serani di malaysia

           Etnik Serani pula ialah masyarakat Portugis dan Belanda yang berkahwin dengan orang melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Etnik ini wujud di Melaka dan Pulau Pinang serta merujuk semua orang yang berkacukan Asia dan Eropah.Mereka mempunyai kebudayaan tersendiri dan asal usul yang unik serta menarik.



           Komposisi etnik Sarawak terbahagi kepada dua kumpulan:-

Image result for kaum melanau
Kumpulan pertama ialah penduduk persisiran yang terdiri daripada orang Melayu dan kaum Melanau. Orang Melayu merupakan penduduk persisiran yang mula menetap di Sarawak. Sebahagian besar mereka berasal dari Pulau Sumatera. Terdapat juga kaum Melanau yang mendiami kawasan persisiran itu. Mereka beragama Islam,mengamalkan cara hidup Melayu Islam serta menggunakan bahasa Melayu.

Image result for kaum iban




          Kumpulan kedua ialah penduduk pendalaman terdiri daripada kaum Iban, Bidayuh, Murut, Penan, Kayan, Kenyah, Punan, Kedayan dan Kelabit. Orang Iban merupakan peribumi terbesar di Sarawak. Penempatan utama adalah di Sungai Saribas, Sungai Batang Lupar, Sungai Rejang dan Sungai Sekrang.Kaum Bidayuh juga merupakan etnik kedua terbesar di Sarawak dan mendiami kawasan Sungai Samarahan dan Sadong. Mereka menjalankan aktiviti pertanian, terutamanya padi huma dan pertanian pindah.


Etnik Sabah

Image result for etnik sabah          Etnik Sabah bermula di tepi-tepi pantai dan lembah lembah Sungai Utama. Masyarakat Sabah terdiri daripada 23 etnik bumiputera dan dikenal pasti berdasarkan kawasan penempatan mereka.Antara etnik peribumi Sabah:-       i.            kadazan
     ii.            bajau    
  iii.            dusun
  iv.            murut
     v.            loh dayuh
  vi.            bisayah


Etnik Kadazan Dusun

Image result for etnik kadazan dusun
Kadazan dusun merupakan etnik terbesar di sabah.Mereka dipercayai berhijrah ke Borneo Utara kira kira 2,000 tahun yang lalu.Mereka bergantung kepada bentuk muka bumi dan kawasan penempatan yang mereka diami. Penduduk persisiran terdiri daripa suku Bajau, Suluk dan Brunei. Mereka juga menjalankan aktiviti menangkap ikan erta memungut hasil laut  dan hutan.
Bagi Etnik Murut mereka menanam padi bukit (padi huma),memburu binatang dan memungut hasil hutan. Kemasukan buruh asing telah mempengaruhi komposisi penduduk Sabah. Kadar pertambahan imigran Cina di Sabah melebihi kadar penduduk Bumiputera. Akibatnya, kemasukan orang asing menyebabkan etnik Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum yang wujud hingga ke hari ini.



kisah perbualan antara kaum di Malaysia



Sejarah dan latar Belakang Masyarakat Majmuk di Malaysia


Penduduk Tanah Melayu mempunyai pertalian rapat dengan penduduk asal Negara iaitu Orang asli. Orang Asli dikenali sebagai Orang Melayu Proto yang memiliki ciri-ciri yang tidak jauh beza dengan Orang Melayu Moden. Kehadiran kaum-kaum lain, seperti Etnik Cina dan India pula telah banyak mempengaruhi dan mengubah sistem social masyarakat Tanah Melayu. Proses Perubahan Ini dapat dilihat menerusi pembentukan masyarakat berbilang kaum.


Pembentukkan masyarakat berbilang kaum di Negara ini dapat dikesan sejak awal tahun Masihi menerusi kegiatan perdagangan disebabkan Tanah Melayu terletak di lokasi yang strategic, iaitu di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dan Barat, maka Tanah Melayu menjadi tumpuan dan tempat persinggahan para pedagang dari India, China, Eropah dan Arab. Kehadiran orang Cina di Tanah Melayu bermula menerusi hubungan keselematan antara Maharaja China dengan Kerajaan Melayu Melaka. Orang India pula bertapak di Tanah Melayu sejak abad ke-4.


Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa kerajaan-kerajaan  Melayu Tua seperti Kerajaan Kedah, Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Gangga Negara telah menerima pengaruh Hindu-Buddhayang dibawa oleh pedagang-pedagang India. Keagungan Kerajaan Melayu Melaka pada abad-15 telah membawa ramai pedagang asing berhijrah ke Melaka. Mereka terdiri daripada pedagang-pedagang yang datang dari China, India, Arab dan Eropah dan juga pedagang-pedagang dari wilayah-wilayah Kepulauan Melayu.


Perpaduan Negara dan integrasi nasional 


Selepas kemerdekaan, negara menghadapi pelbagai masalah dalaman, terutamanya masalah perpaduan dan integrasi antara kaum yang disebabkan oleh implikasi yang berikut :-


Langkah yang di ambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi ini:-

1) Penyeragaman sistem pendidikan

2) Integrasi Ekonomi

3) Penyatuan fahaman politik

4) Aspek-aspek sosial lain dijadikan satu langkah untuk mengekalkan perpaduan penduduk berbilang kaum dan menentukan sifat-sifat terbaik
dalam membina satu bangsa yang bersepadu dan berdaya tahan. 


Faktor yang Mempengaruhi Perpaduan dan Integrasi Nasional







Tahap Integrasi

i(a) Segregasi

  • proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial.
  • berlaku dalam beberapa keadaan, aspek budaya,  ras, agama, kelas sosial, dasar, adat resam, kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.
  • proses ini menyebabkan kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain.
  • terbahagi kepada dua:-

      1) rela
  • keadaan golongan manusia yang memencikan diri dengan tujuan berada dalam kupulan mereka sahaja
     2) tanpa rela(terpaksa)
  • paksaan dari pihak yang berkuasa seperti segregasi de jure.
  • de jure berlaku apabila kerajaan memaksa pengasingan atau pisahan yang ketat ke atas individuatau kumpulan manusia dengan pelaksanaan undang-undang seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan.



(c)  Akulturasi


  •       Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
  • terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur daripada suatu kebudayaan etnik lain yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing tu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
  • Proses ini berlaku bermula dengan sosialisasi primer: manusia belajar dan mengadaptasi budaya yang paling dekat dengan mereka seperti ahli keluarga, diikuti dengan proses pembelajaran dan penerimaan unsur-unsur baharu. Sosialisasi sekunder: proses adaptasi dengan masyarakat yang lebih besar



(e) Amalgamasi

     Istilah amalgamsi merupakan istilah yang dikategorikan dalam asimilasi biologi, iaitu satu tahap asimilasi yang paling tinggi. Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk satu jenis budaya dan ras baharu. Cara utama menentukan proses amalgamasi adalah apabila terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.


Rukun Negara Sebagai Ideologi


Rukun Negara berfungsi sebagai tulang belakang yang menjadi sandaran dan pegangan Negara dan rakyat Malaysia. Rukun Negara ialah satu Ideologi Negara yang digubal sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyatukan rakyat dan membimbing mereka kea rah perpaduan. Usaha penggubalan Rukun Negara dilakukan semasa Negara diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), iaitu selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Rukun Negara lahir hasil daripada pemikiran Majlis Perundingan Negara yang diwakili oleh parti politik, kesatuan sekerja, akhbar, pertubuhan professional, badan agama dan pelbagai pertubuhan lain. Semua wakil ini diberi peluang untuk berbincang dan mencari penyelesaian atas masalah hubungan kaum yang boleh menjamin keharmonian hidup bersama.
Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 merupakan satu susunan prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan seperti agama, budaya, politik, ekonomi dan perundangan. Prinsip itu berperanan untuk melahirkan sebuah Negara yang rakyatnya hidup bersatu padu, aman dan harmoni.



Objektif Rukun Negara :- 



Prinsip Rukun Negara

Contoh Lafaz Ikrar Rukun Negara

 3.3.1 Peristiwa Mei 1969!















rujukaN

1.Buku pengajian Malaysia siri politeknik, OXFORD FAJAR SDN. BHD. Muka surat 120-134.